Britain mengusir MP Belanda, yang telah dikecam kerana menghina Islam. Keadaan ini mengingatkan satu fakta lama iaitu kedaulatan sesebuah negara. Sarawak sering melaksanakan kaedah itu dengan mengusir pemimpin pelampau yang ingin masuk. Istilah manis ialah, mereka tidak diberi keizinan memasuki negeri itu.
2. Waktu ramai mendesak supaya Karpal dihalang memasuki Perak, saya sekadar menyoal diri sendiri, Karpal itukah yang merbahaya, atau adakah lagi pemimpin lain yang lebih bahaya dari itu. Saat Sultan Sharafuddin bertitah melahirkan kesedihan baginda terhadap perkembangan di negeri Perak, baginda menyentuh satu perkara;
Baru kita kenal mana satu intan, mana itu kaca.
[ Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.
Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.]
3. Pada saya Karpal bukan isu, yang paling bahaya adalah kaca yang selama ini disangka ramai sebagai Intan kerana kilaunya.
BRITAIN usir Ahli Parlimen Belanda
Utusan Malaysia
LONDON 13 Feb
Britain semalam mengusir ahli Parlimen Belanda yang telah dikecam kerana menghina Islam, Geert Wilders apabila beliau cuba memasuki negara ini.
Wilders yang telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di negara ini menerusi filemnya, Fitna, dihantar pulang dengan menaiki sebuah pesawat penumpang, beberapa jam selepas ditahan oleh pegawai imigresen, setibanya beliau di Lapangan Terbang Heathrow di sini semalam.
Jabatan Dalam Negeri Britain mengumumkan bahawa Wilders dihantar pulang untuk menghalangnya daripada menyebarkan "mesej kebencian dan keganasan."
"Beliau tidak dibenarkan masuk. Sesiapa yang tidak dibenarkan memasuki United Kingdom (UK) akan ditahan dan dihantar pulang.
"Mereka tidak akan dibenarkan masuk ke UK," kata seorang jurucakap.
Setiausaha Luar, David Miliband yang mengaku beliau belum menonton filem tersebut memberitahu stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC): "Filem berbaur kebencian yang bertujuan untuk mencetuskan kebencian agama dan kaum di negara ini adalah bercanggah dengan undang-undang kita."
Menteri Luar Belanda, Maxime Verhagen memberitahu rakan sejawatannya di Britain dalam satu perbualan telefon semalam bahawa The Hague "amat kesal" dengan pengusiran Wilders itu.
Ahli Parlimen tersebut telah dijemput untuk menayangkan filemnya selama 17 minit itu di House of Lords iaitu dewan tertinggi Parlimen Britain.
Fitna menyamakan Islam dengan fahaman Nazi dan menggandingkan imej-imej serangan 11 September di Amerika Syarikat (AS) dengan gambar al-Quran.
Ia telah digambarkan sebagai "filem anti-Islam yang sangat menyinggung perasaan" oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.
Wilders, 45, yang bakal dibicarakan di Belanda kerana mencetuskan kebencian dan diskriminasi terhadap penduduk Islam, ialah pemimpin parti pelampau berhaluan kanan, Parti bagi Kebebasan (PVV) yang memenangi sembilan kerusi dalam Parlimen Belanda. - AFP
beritadarigunung
No comments:
Post a Comment