Pemimpin Pakatan tersinggung dengan kenyataan ANWAR.

Anwar dalam satu ceramah di Segamat, begitu celupar sekali mengeluarkan kata2 penghinaan terhadap Tun Dr. Mahathir . Mungkin tertekan dengan tindakan Tun yang sentiasa saja membuka mata rakyat tentang siapa sebenarnya diri Anwar , kata-kata berikut dihamburkan untuk manifestasi kemarahannya. 

"Sudah mau mati, dah 83 tahun. Berapa lama lagi? Kalau dah nak mati, mati saja lah" 

Namun kata-kata Anwar ini secara halus juga barangkali bisa menusuk kalbu pemimpin-pemimpin veteran lain dalam Pakatan yang masih ligat berpolitik walaupun keadaan fizikal dan kesihatan seringkali menganggu. Antara pemimpin2 yang boleh dikategorikan veteran tetapi masih ligat berpolitik dalam kumpulan Pakatan ialah Lim Kit Siang (72) ,Nik Aziz (82) dan Karpal (73) 

Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM dan lain2 jawatan dalam politik pada usia 77 tahun. Tun diberikan kesihatan yang baik , malah ketajaman fikiran walaupun umur semakin meningkat. Anwar mungkin rasa tercabar kerana disebalik usia Tun yg semakin meningkat, beliau masih mampu mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia. Anwar barangkali menganggap Tun sebagai halangan psikologi untuk majoriti rakyat terpengaruh dengan penipuan yang beliau canangkan di setiap ceramah. 

Anwar dah banyak kali cuba 'character assasinate' Tun , tapi rakyat tetap sayang dengan Tun. Anwar terlalu kecewa , kemuncaknya kata-kata penghinaan terhadap Tun terus tersembur keluar semasa ceramah di Segamat dan terlupa barangkali dengan sahabat2 beliau yang sedang melalui usia emas. 


sumber:   

Nik Aziz,Karpal Singh dan Lim Kit Siang Tersinggung Dengan ...

bidaman.blogspot.com


No comments:

Post a Comment