SEREMBAN 21 April - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membantah penganjuran satu forum yang dihadiri pengerusi pertubuhan tidak berdaftar, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga di sebuah gereja di sini.
Ambiga |
Forum mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibuat dalam sebuah dewan di kawasan gereja itu disifatkan NGO berkenaan sebagai menyalahgunakan rumah ibadat untuk tujuan politik.
Pengerusi Kelab Perhubungan Rakyat 1Malaysia, R. Rajandaran berkata, pihaknya tidak mahu agama dan politik dicampuradukkan melalui program demikian.
"Jika satu pihak mengunakan rumah ibadat untuk tujuan politik, pihak lain akan menggunakan kaedah sama. Apabila ini berlaku, lama kelamaan kecelaruan berlaku dan tidak baik untuk sebuah negara berbilang kaum dan agama," katanya di sini.
Rajandaran bercakap kepada pemberita bersama beberapa ahli kelab itu selepas membuat bantahan secara aman di luar gereja berkenaan.
Sehubungan itu Rajandaran memberitahu, pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Campbell dekat sini bagi membantah penganjuran forum berkenaan di gereja itu.
Katanya lagi, semua pihak perlu menghormati kemuliaan rumah ibadat dan tidak mempergunakannya untuk sebarang tujuan berkaitan politik.
irene fernandez |
Dalam pada itu, Ambiga tiba di dewan gereja itu kira-kira pukul 11 pagi ini untuk menyampaikan ucapan, bagaimanapun seorang pegawai penguatkuasa kempen pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kawasan Parlimen Rasah terlebih dahulu bertemunya.
Pegawai berkenaan mengingatkan Ambiga supaya tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melarang kempen politik di rumah ibadat.
Dr Ahmad Farouk Musa |
Bagaimanapun, forum itu berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan dengan Ambiga mengulangi perkara yang biasa disampaikan sebelum ini termasuk menyatakan negara memerlukan kerajaan dan pembangkang yang kuat selain mahu pengundi menggunakan kuasa mereka untuk menentukannya.
Antara yang hadir termasuk Pengarah Tenaganita, Irene Fernandez dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr. Ahmad Farouk Musa.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130422/px_20/NGO-bantah-Ambiga-ceramah-di-gereja#ixzz2RAVz1g4B
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment