Datuk Shaharuddin Ibrahim |
Kesan Tembakan |
Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.
"Tembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kejadian.
Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.
Polis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran.
- bernama
Polis menyiasat |
PANDANGAN:
Pihak polis pastinya sedang membuat penyiasatan rapi bagi menyelesaikan kes bunuh high profile semacam ini. Waktu sengit berkempen PRU13 tentu akan ada innuendo yang tidak enak didengar. Satu pihak akan segera menuduh, negara ini tidak selamat lagi, oleh itu mari kita tukar kerajaan. Satu pihak lagi akan kata, jangan sensasikan isu keselamatan negara. Satu pihak akan segera menempik kami mahu tahu segera dapatan siasatan. Satu pihak lagi akan jawab, kerajaan tidak akan hebahkan dapatan kerana itu akan menjejaskan keseluruhan siasatan.
Akal nakal saya waktu ini meneka ia ada kaitan dengan urusan import/export melalui Pelabuhan Kelang. Import/export sering terdapat unsur-unsur gangsterism. Cukai yang yang tinggi akan mengurangkan keuntungan. Ada yang cuba rasuah supaya urusan export/import ada sedikit leniency. Ada pula yang ingin menegakkan prinsip integriti dan menolak sebarang rasuah. Gansgterism dalam dunia sering selesaikan isu dengan peluru.
Katakan ada 556 urusan import/export sehari melalui Pelabuhan Kelang, cuba kita diam sejenak untuk meneliti syarikat serta pemilik syarikat yang terlibat. Berapa ramai syarikat bumiputera dalam senarai 556 itu. Bukan niat untuk memeras racism, tetapi itulah faktanya, supaya kita segera peka dengan tohmahan yang datang bertalu-talu sehari dua akan datang.
catatan: saya harap pandangan ini tidak dilihat sebagai menghasut.
# Tiada niat untuk wujudkan pertalian cerita, namun untuk memahami dunia sengketa dan sabotaj, anda boleh cuba klik ini:
1. Ketua Polis Negara ditembak mati - 1975
#dan link berikut mampu memberi kefahaman, takutnya mereka dengan kuasa Melayu, sebolehnya mahu segera dihancurkan melalui PRU13.
2. Video - Tony Pua Lantang Pertikai Kekayaan Serta Puluhan ...
gelombangkick.blogspot.com/.
3. Kenapa Tony Pua Dan DAP Sorok Senarai Ini ? Orang Melayu Mesti ...
gelombangkick.blogspot.com/
pedas berapiii..!!! tony pua "racist" serang syed mokhtar lagi..!!!
dukeofumno.blogspot.com/
panas terik!! ini buktinya tony pua serang syed - Aktivis Kepayang Jr.
Popagomol: " RM34.3 billion " Tahap hutang Syed Mokhtar sangat ...
popagomol.blogspot.com/.../rm343-billion-tahap-huta..
daengselili.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment