Nasihat Dr Juanda Jaya untuk Mustafa Ali

Cinta itu milik semua.



Cinta bukan hanya milik orang muda! Bukan juga untuk orang yang belum berumahtangga. Sebenarnya cinta manis dan seronok dinikmati adalah cinta bagi pasangan suami isteri. Cinta tiada batasannya. Saling memiliki tanpa syarat, selagi ia tertakluk pada peradaban manusia dan mengikut lunas-lunas yang dibenarkan agama. Namun ramai pasangan hari ini lupa untuk memupuk dan membaja cinta mereka.

Dr Juanda Jaya

Salah satu kunci keharmonian dalam rumah tangga adalah komunikasi yang intensif dan sihat. Tetapi ia makin jarang dilakukan oleh suami isteri. Kesibukan bekerja atau kesibukan menguruskan rumah tangga dijadikan alasan untuk menunda komunikasi. Malahan ada pasangan yang hanya sempat bertemu muka ketika menjelang waktu tidur.
Ketika ini masing-masing sudah keletihan. Jadi kesempatan untuk saling meluahkan rasa hati dan kerinduan terpendam begitu sahaja. Komunikasi hambar ini menjarakkan kemesraan dan jika berlarutan mengundang ketegangan dan perselisihan dalam rumah tangga.
Dalam buku ini, Dr. Juanda menyingkap kisah-kisah cinta dalam pelbagai tema, iaitu cinta suami, cinta isteri, cinta anak, cinta sahabat, cinta mertua, cinta harta, cinta jiran untuk tatapan pembaca.
Semoga anda mendapat manfaat dalam mengharungi kehidupan ini.

Judul Buku : Suami Mithali Isteri Sejati
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
Pengarang : Dr. Juanda Jaya
ISBN : 978-983-3669-43-1
Muka Surat : 320 halaman
Kategori : Perhubungan & Cinta
Harga : RM 16.50
Berat : 440 g

bukupopular.com

No comments:

Post a Comment