Menakutkan!!!... Pakatan hilang 11 pemimpin besar.


Ini berdasarkan maklumat  yang agak menakutkan dari pusat operasi PRU13 Pemantau Rakyat Marhaen di Damansara.  Berdasarkan maklumat dari tinjauan pendapat pengundi yang dijalankan oleh jentera Pemantau Rakyat Marhaen, 11 pemimpin utama Pakatan Rakyat sedang berada dalam risiko besar untuk kalah dalam pemilihan 5 Mei akan datang. Sebanyak hampir 100,000 responden telah memberi reaksi masing-masing....
11 pemimpin berkenaan ialah:-
  1. Husam Musa (Putrajaya)
  2. Salehudin Ayub (Parlimen Pulai & DUN Nusajaya)
  3. Mahfuz Omar (Pokok Sena)
  4. Mat Sabu (Pendang)
  5. Khalid Samad (Shah Alam)
  6. Fuziah Salleh (Kuantan)
  7. Nurul Izzah (Lembah Pantai)
  8. Zuraidah Kamarudin (Ampang)
  9. N Surendran (Padang Serai)
  10. Shamsul Iskandar Mat Akin (Bukit Katil)
  11. Lim Kit Siang (Gelang Patah)
Sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan Tian Chua (Batu), dalam keadaan parah kalau menang pun dengan majoriti yang sangat tipis berdasarkan kajian tersebut, walaupun sebelum ini dikhabarkan kedua-dua pemimpin tersebut tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kerusi masing-masing.
Apa sebenarnya yang tidak kena dengan jentera Pakatan Rakyat di 11 kawasan tersebut?  Adakah ia ada kaitan dengan tindakan memboikot calon-calon yang telah diputuskan pimpinan parti-parti komponen berkenaan seperti di Gelang Patah dan beberapa kawasan parlimen lain?
Secara umum terdapat gelombang perasaan tidak percaya dengan Pakatan Rakyat yang kini semakin meningkat bagai tsunami. DAP telah menconteng arang ke wajah DEMOKRASI apabila seluruh rakyat Malaysia melihat keputusan CEC yang dipinda semula. Kelucahan yang terpalit keatas pemimpin utama PKR adalah sesuatu yang mengguris kepercayaan yang telah diberikan. Manakala setelah berpuluh tahun bermain layang-layang dengan Negara Islam dan HUdud, kini PAS dilihat terlalu opurtunis, tidak serius, dan agak keterlaluan dalam terajang politik. Ada tanda PAS disuntik dengan semangat mengganas yang amat merbahaya.
Mungkin ramai lagi akan kecundang, apabila tsunami menolak Pakatan Rakyat membina momentum dan meranap harapan Hadi, Lim dan Anwar. Tunggu saja riuh rendah rakyat  Marang sedang mempertikaikan kepimpinan Hadi Awang sendiri..



No comments:

Post a Comment