Fatwa Nik Aziz untuk menang Pilihanraya



Umat Islam di negara ini tidak seharusnya terpedaya dengan pelbagai fatwa ‘mee segera’ yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS terutama Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 semakin hampir.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, fatwa ‘mee segera’ yang keluar daripada mulut Nik Aziz dilihat tidak lebih bertujuan menyesatkan pemikiran umat Islam.
Fatwa sesat itu kata beliau, hanya untuk kepentingan pilihanraya walaupun akan memecabelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
“Untuk menang dalam pilihanraya kali ini, PAS sekali lagi merekacipta pelbagai fatwa untuk memperdaya pengundi supaya menolak Barisan Nasional (BN) dan UMNO,” tegasnya.
Beliau berkata, tindakan PAS secara sembunyi-sembunyi bersekongkol dengan DAP serta PKR ‘menghalalkan’ pengunaan kalimah Allah dalam kitab Injil adalah bukti betapa sesatnya parti itu.
Terbaru katanya, Nik Aziz keluarkan fatwa bahawa orang UMNO tidak mendapat pahala mengerjakan solat dan pembinaan masjid pula hanya untuk kepentingan kontraktor tertentu.
“Kenyataan karut Nik Aziz itu bagaimanapun secara tidak langsung telah menghina dan merendahkan martabat diri beliau yang dilabelkan sebagai tok guru oleh penyokong PAS,” tambahnya.
Syed Ali yakin penyokong-penyokong akar umbi PAS juga menolak fatwa karut yang dikeluarkan oleh tok guru mereka.
Beliau kesal kerana PAS sentiasa ‘menjual’ agama apabila setiap kali berlaku PRU terutama di negeri-negeri yang majoriti pemgundinya adalah orang Melayu.
Menurutnya, Nik Aziz dengan angkuh dan sombongnya boleh mengkafirkan orang Islam yang menyokong perjuangan UMNO tetapi tidak pula kepada pemimpin DAP yang menentang syiar Islam.
“Nik Aziz jelas tok guru berkepala dua, dengan DAP dan PKR semuanya boleh dan dihalalkan termasuk isu kalimah Allah, tetapi dengan UMNO semuanya haram,” ujarnya.
Tok guru atau ulama seperti ini kata Syed Ali, tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada perpaduan umat Islam sebaliknya hanya mengkucar-kacirkan kehamornian masyarakat.


Menurut beliau lagi, ajaran Islam tidak menyuruh umatnya saling berpecah belah apatah lagi sesuka hati menjatuhkan hukum kafir ke atas sesama Islam.
Kata beliau, soal jaminan syurga atau neraka adalah ketentuan Allah SWT dan bukannya terletak kepada keputusan fatwa Nik Aziz.
“Nik Aziz hanya manusia biasa yang turut terdedah kepada perbuatan mungkar,” jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyangkal tuduhan pembangkang yang mendakwa BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mengalami saat ‘peralihan kuasa’.
“Tuduhan tersebut adalah provokasi pembangkang,” katanya sambil menegaskan BN yakin mengembalikan kemenangan melebihi 2/3 majoriti termasuk merampas semula Selangor dan Pulau Pinang.
Katanya, pembangkang sebenarnya berada dalam keadaan tertekan melihat kebangkitan rakyat yang menyokong BN.
Beliau mendakwa, pakatan pembangkang sudah dapat menghidu kekalahan mereka di Selangor dan Pulau Pinang.
Oleh sebab itu katanya, Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal-awal lagi cuba melarikan diri ke Perak.
Bagaimanapun katanya, hasrat Anwar untuk bertanding kerusi Parlimen di Perak telah ditentang keras oleh DAP yang menyebabkan beliau terpaksa berpatah balik ke Permatang Pauh – umnobahagiancheras
from AIDC  

Fatwa ‘Mee Segera’ Nik Aziz Untuk Kepentingan Pilihanraya


No comments:

Post a Comment