Ngeh |
Pantai Remis: Calon DAP bagi Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, malu besar apabila ditengking seorang nelayan warga emas ketika berkempen di sebuah kedai kopi di Pantai Remis Lama, di sini petang semalam.
Lebih memalukan, Pengerusi DAP negeri itu dimarahi di depan kira-kira 10 pelanggan lain yang sedang minum di kedai kopi berkenaan.
Nelayan terbabit, Lim Pek Liang, 60, bukan saja bertindak memalukan Ngeh di depan pelanggan, malah enggan berjabat tangan dengan penyandang kerusi Parlimen itu.
Dia yang ditemui semalam berkata, Ngeh bersama calon DAP Pantai Remis, Wong May Ing, mengadakan sesi bertemu pengundi di kedai kopi itu kira-kira jam 4 petang sebelum menuju ke arahnya.
“Sebaik tiba di meja saya, dia (Ngeh) menghulurkan tangan untuk berjabat tangan, namun saya menepis tangannya.
Menurutnya, bot yang dimilikinya ketika itu rosak dan tenggelam menyebabkan dia perlu membuat permohonan baru kepada Jabatan Perikanan Negeri untuk menangkap ikan semula. Lim berkata, peluang berdepan Ngeh sangat dinantikan kerana sudah empat tahun dia menyimpan rasa marah itu.
Bagaimanapun, katanya, Ngeh menyerahkan tugas itu kepada Wong, namun calon DAP DUN Pantai Remis itu sebaliknya menyediakan surat permohonan dalam bahasa Mandarin sekali gus tidak menepati syarat dikehendaki Jabatan Perikanan Negeri.
“Saya berterima kasih kepada Chang kerana berjaya menyelesaikan masalah saya.
http://anginperubahan.blogspot.com/2013/04/ngeh-koo-ham-kena-tengking-dengan.html
No comments:
Post a Comment