Nazri Aziz dan Perkasa

Ini adalah ulasan ringan mengenai isu Perkasa dan reaksi Nazri Aziz. Bisik-bisik mingguan dalam Mingguan Malaysia mengeluh tentang kerenah Nazri apabila memilih tajuk "alahai nazri".

Mungkin ada perbezaan antara pemahaman rakyat biasa yang ada tanggungjawab mengundi setiap kali pilihanraya diadakan, berbanding dengan seorang menteri yang berhempas pulas memastikan beliau dipilih lagi.

Suatu masa dulu 11 persatuan Cina telah mengemukakan 17 tuntutan pilihanraya. Yang tertekan adalah UMNO sendiri, sebagai tonggak Barisan Nasional. Orang-orang Melayu sudah lama tidak berkumpul dan bersatu untuk perjuangan tertentu. Mungkin usaha Onn Jaafar ketika menyatukan orang Melayu membantah malayan union adalah usaha kearah itu yang terakhir.

Orang-orang Melayu perlukan pentas sedemikian juga, sepertimana Onn Jaafar lakukan, dan sepertimana orang Cina bergabung tenaga dalam mempertahankan hak dan menuntut lebih dari itu. Orang Melayu berkerat tiga, sepuak dengan Umno, sepuak dengan PAS dan sepuak dengan PKR. Tiap-tiap puak ini berkait dengan gabungan politik, iaitu BN dan Pakatan Rakyat, yang tidak membolehkan mereka terlalu vokal dalam menjaga harmoni dan kelansungan pakatan atau barisan mereka.

Perkasa adalah peluang terakhir bagi orang Melayu menyuarakan pandangan dan tuntutan diluar kerangka politik. Tidak ada celanya. Kalaupun Nazri tidak gemar dengan Dr Mahathir itu adalah silap beliau sendiri, sedangkan berapa ramai sangat orang yang suka sama Nazri. Belum tentu beliau akan menang lagi di utara Perak dengan stail dan pemahaman seperti ini. Ketika beliau duduk dalam satu penerbangan MAS business class, ramai orang nampak beliau duduk dengan kaki diangkat pada dinding dihadapannya. Ramai orang kata, itu contoh sombong dan tak hormat pada orang lain.

Perkasa bukan isu watak atau individu. Perkasa adalah peluang terakhir orang Melayu mempertahankan hak dan menuntut lebih dari itu. Kita menjadi hamba dan mangsa kepada kecenderungan politik dan kuasa. Tidak ada apa-apa keistimewaan dan pujian akan diberikan kepada ahli politik Melayu jika mereka mengejar bayang Mahathir dan Ibrahim Ali dan menikam bumi. Kita lupa kita siapa, dan bertanggungjawab kepada siapa. Kita ingat kita tahu semua.

refer: utusan Alahai Nazri...

No comments:

Post a Comment