Alfatehah buat ahli perniagaan solekan Sosilawati, pemandu Kamaruddin Shamsuddin, peguam Ahmad Kamil Karim, dan pegawai bank Noorhisham Mohammad, yang dimaklumkan pihak polis telah dibunuh kejam baru-baru ini. Mereka telah dilaporkan hilang sejak 30 Ogos 2010.
Penahanan beberapa orang suspek memberi tanda bahawa kes ini dan sekurang-kurangnya 4 kes serupa terdahulu dapat diselesaikan. Suspek utama seorang peguam, bergelar Dato dikatakan pernah disoalsiasat polis sebelum ini dalam kes yang lain. Beliau juga pernah digantung dari aktiviti guaman sebelum ini.
Sudah ada blogger yang memberi amaran, jika kes ini tidak uruskan dengan baik, ia bakal menjadi bom jangka yang boleh meletup sekuat 13 Mei 69. Adalah menjadi harapan ramai, tidak ada oportunis tergamak menghumban bubu di air laju.
Gambaran yang diberikan oleh pihak polis, mengenai siasatan yang akan meneliti aktiviti bisnes suspek, harta, kereta, transaksi bank, dijangka akan memberi kesan yang sangat mendalam mengenai gangsterism, patronage, politics, legal practice dan crime di kalangan bangsa India terutamanya dan rakyat Malaysia amnya.
Home » Alfatehah buat Sosilawati, Kamaruddin, Ahmad Kamil dan Noorhisham
No comments:
Post a Comment