Aku duduk atas sofa menyandar tenguk berita jam 8 semalam. Lama depa tunjuk Anwar menepis soalan tentang Omega. Dia marah-marah. Dia asyik kata "what's that got to do with this"... sekali terkeluar ayat "ni, kerja UMNO". Sekali pulak dia nak terjah dengan peluru Altantuya.
Kemudian Chandra Muzafar diminta ulas tentang jam Omega. Nah, dia siap banding dengan Clinton dan Chua. Depa tu mengaku katanya. Chua berhenti dan masuk balik bila terlantik. Cuma dia tak kata terang-terang "kalau hang buat hang mengaku saja la"
Kemudian dia ulas pula apa sebenarnya jam Omega. Hanya sebuah jam berharga pemberian dari orang tertentu katanya. Tapi jam itu sangat istimewa, tak boleh jumpa di kedai untuk ganti. One and only.....
Bila Anwar marah macam tu, dia dah hilang seni politik. Dia terlalu defensive hingga rasa terpanggil untuk meninggi suara dengan wartawan perempuan. Orang hebat tak buat macam tu.
Bukankah Anwar dulu pernah jadi orang hebat, waktu perbodoh orang, kata orang Baling mati kebulur, waktu angkat tinggi-tinggi buku "kebangkitan Asia" konon adalah karyanya, waktu mengayat Tun Mahathir dalam perhimpunan agong Umno dengan seloka " saya perpaut di dahan tuan", waktu menyuruh Zahid balik Malaysia untuk belasah Rahim, waktu menjaja sepanjang jalan, negara ini negara celaka dengan nepotisma dan kronisma, waktu menyepak Tun Ghafar keluar dari pejabatnya, waktu mengapak satu demi satu tiang kecil yang menyokong kepimpinan Tun Mahathir.
Tidak ada apa celanya kalau Anwar berhenti, letak titik nokhtah kepada politik. Mengheret Azizah serta anak-anak kekancah ini, waktu ini ketika ini, bukan gentleman namanya. Itu abuse namanya. Eskay dan Rahim minta Anwar berhenti. Chandra Muzafar pun cakap lebih kurang macam tu jugak semalam.
Tak ada siapa peringat Anwar ka, bahawa video boleh tunjuk macam-macam. Orang nak buat peta boleh pakai gambar yang diambil dari udara. Bukan peta lekeh-lekeh, peta yang tepat. Dari video yang jadi isu ni, memang boleh sukat jarak antara dua puting tetek Anwar, boleh tepat sampai ke milimeter. Boleh sukat semua anggota fizikal Anwar. Kalau semuanya tepat nanti boleh ke Anwar menjerit " Celaka UMNO, itu bukan saya la!!"
Tapi silap Azizah kata Omega ada dalam simpanan. Kalau tidak Anwar boleh kata Eskay curi!!!
Buat apa marah-marah, Anwar.......
Home » wan azizah » Eh, Anwar bukan main marah!
No comments:
Post a Comment