Kedua-duanya hebat. Rahim lonjak Melaka ketahap yang tinggi, hingga negeri kecil boleh hidup selesa. Rahim dilihat anak manja Mahathir. Rahim memang handal seni leadership, dengan orang atas dan orang bawah. Malangnya dia sering dikait dengan perempuan. Sebab itu juga dia terhumban.
Dia terhumban, bukannya sebab prestasi kepimpinan, tetapi sebab saingan politik. Umum mengaitkan cita-cita tak bertepi Anwar. Anwar mahu sepak sorang-sorang mereka yang rapat dengan mahathir. Anwar mahu gergaji tiang-tiang kecil rumah Mahathir satu demi satu. Waktu kes Rahim keluar dia diperlaku sebagai banduan yang lari dari lokap. Muka dalam akhbar, sengaja dicari muka yang paling tak senonoh. TV3 cari setiap lubang.... Yang sudah dewasa waktu itu tentu ingat Anwar berada di China waktu kes Rahim meletup. Zahid balik segera sebagai wakil Anwar mencanang macam hulubalang.....
Selebihnya adalah bahan sejarah, walau pahit untuk Rahim, tapi macamtu lah hidup dan politik. Dia cuba bangun, tunjuk muka dimana perlu. Dia cuba menempel dalam politik, tetapi tak berjaya mana.
Anwar pun hebat zaman itu. Dia bukan naik tapi lompat anak tangga. Ada masa dia tersilap, memijak kaki orang yang sedang duduk disitu. Setengah orang kata dia sengaja , memijak. Waktu Anwar ganas dia sepak ramai orang.
Maka hilanglah watak-watak penting dalam Umno, Rahim dan Mat Taib. Cerita juga menarik, cerita orang jahat mengenakan dia, tukar beg yang dibawanya. Imigresen Australia tahan, buka beg dan jumpa wang yang banyak dalamnya. Sejak bila pula menteri bawa duit macam tu. Selalunya mereka bawak Hang Kasturi untuk settle issue itu. Saya cuma jangka Anwar buat perangai nak kenakan orang....
Cerita dia selinap kulit Arwah Ghafar adalah bahan sejarah yang ingin segera kita lupakan. Media bawah kawalan Anwar, buat Arwah Ghafar macam budak sekolah yang tak kenal huruf a, b, c. Lalu Arwah Ghafar pulang kampung dengan hati yang sangat hiba.
Climaxnya bila Anwar nak test Mahathir. Waktu itulah Anwar bukan main dengan isu nepotisma, kronisma. Anwar suka dengan perkataan yang memukau. Dia nak selinap Mahathir. Gagasan itu dimainkan dengan bersungguh-sungguh, bermula di Johor. Zahid jadi jurucakap, melalak apa jua yang Anwar nak.
Tetapi Anwar silap, dia lupa siapa itu Mahathir. Dia ingat Mahathir tak pandai. Dia ingat Mahathir mudah dibuai dengan ayat bermadah. Masalahnya Anwar banyak celanya. Umum dimaklumkan bahawa nafsunya tak terbatas. Wangnya berbillion. Tetapi rahsia atas katil Anwar, ada dalam simpanan banyak pihak. CIA pun ada simpan benda-benda tu. Singapore pun ada koleksi. Polis Malaysia tentu ada simpan lebih banyak lagi. Orang luar simpan benda tak senonoh sebab nak jerat Anwar bila dia naik esuk. Senang pulas tengkuk atau pulas teloq.
Jangan pulak kita pandang serong bila Nala dan Eskay cerita hal atas katil. Dia orang tahu lebih banyak. Kita yang lain tenguk dia berpidato saja.... bergegar tetapi sering kosong. Ingat tak dia claim buat buku "Asian renaissance"?
Jadi tak hairanlah pada saat hujung karier politik, Anwar dan Rahim berjumpa semula untuk bertegur sapa. Parut lama masih berdarah.
Home » rahim thambi chik » Antara Rahim dan Anwar.
No comments:
Post a Comment