Isu intra dan inter-party dalam BN adalah sangat menarik. 1Malaysia sediakan platform untuk lembutkan permainan bangsa dan agama. Namun, gagasan sebesar itu bukanlah senang untuk diterjemahkan dan dijiwai. Samalah rumitnya untuk teruskan konsep Islam Hadhari tempuh hari.
Tidak banyak kejayaan kecil-kecil di sebalik gagasan tersebut untuk dicanang kepada rakyat. Oleh yang demikian, isu perjuangan dan kepentingan bangsa/suku kaum akan terus bermain. Tidak ada celanya permainan itu. Masalahnya adalah dari sudut taktikal, iaitu kesungguhan pemimpin untuk menunjuk nilai adil, toleransi, tanpa dilihat lemah.
Kemampuan membina BN yang sihat dan aman, mungkin terganggu dengan amalan demokrasi dalam parti itu sendiri. Keghairahan mencari pengaruh, membina rangkaian, dan melemahkan lawan dalam parti bukanlah ingredient untuk mempertahankan keunggulan parti. Demokrasi tidak terpimpin dalam parti akhirnya meninggalkan sebuah organisasi yang luka dan berparut dengan pemimpin-pemimpin yang terlalu waspada dan berdendam.
Kita sangat-sangat berharap ada sekelompok pemimpin yang mampu merentasi segala macam kepelbagaian supaya BN kekal aman selamat dan relevan.
rujukan lain
Kerajaan BN Dan Keselamatan Rejim: Kesimpulan
Home » kudakepang » Kesediaan BN untuk kekal bersama Kudakepang
No comments:
Post a Comment