Perjuangan Bersih 3.0 yang dipelopori Ambiga menjadi terlalu kotor apabila kesemua pemimpin utama politik pembangkang muncul pada 28hb April. Hanya Nik Aziz sahaja yang tidak turun kerana terlalu tua untuk berarak, namun beliau tanpa segan silu memberitahu telah menghulurkan wang kepada peserta.
Bersih 3.0 bukanlah perjuangan NGO, yang sepatutnya tidak terikat dengan badan politik. Bersih 3.0 adalah perarakan parti pembangkang untuk mengancam kerajaan. Isu pilihanraya adalah isu karut, sekadar slogan sahaja.
Bersih 4.0 pula adalah perjuangan mereka yang yang jadi mangsa protes Bersih 3.0. Perjuangan mereka berfokus, hanya untuk menyampaikan hasrat yang terbuku kepada seorang sahaja, iaitu Ambiga. Pada peringkat awal demo bersih 4.0 Ambiga mahu menunjuk-nunjuk dengan kerap menyebut "I will sue you..".
Pejuang demokrasi seperti Ambiga dan Pak Samad hendaklah melihat secara keseluruhan dengan pandangan yang lebih luas. Bukan semua orang suka dengan cara mereka berjuang. Bersih 4.0 sebenarnya adalah anti Bersih 3.0.
Ini semua adalah tanda-tanda bahawa perarakan politik dimasa hadapan, akan berhadapan dengan protes dari pelbagai pihak. Waktu itu perarakan / demonstrasi / akan menjadi huru hara, penuh ancaman, akhirnya ada yang akan mati terbunuh.
Pada Ambiga dan Pak Samad, jangan pandang rendah dengan perjuangan orang lain.........
Home » Protes vs Protes
No comments:
Post a Comment