RAND Corporation : Anwar Ibrahim, Salman Rushdie, Irshad Manji dan Taslima Nasreen
Dari egroup AIDC
RAND Corporation, think tank tajaan CFR (Council on Foreign Relation) menerbitkan satu master plan untuk menentang ‘teroris’ Islam pada tahun 2007 dengan cara menyemarakkan kewujudan rangkaian Muslim Moderat di dunia Islam.
Master plan itu dibukukan dan disebar kepada umum, bertajuk “Building Muslim Moderate Networks”. Klik di sini
Ketika master plan ini disiapkan, Anwar masih lagi menetap di Amerika Syarikat, sebagai pensyarah pelawat di Center for Muslim – Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown, di bawah pengawasan John Esposito, pengarah pusat itu.
Master plan ini dibuat sebagai merealisasikan ucapan Presiden Bush (2002) yang melaungkan slogan“Freedom Agenda” sebagai ‘grand strategy’ untuk ‘Global War on Terorism’
Menurut laporan ini, maksud ‘terorism’ bukan sekadar ditujukan kepada ’pengganas’ atau atau ektrimis atau radikal Islam, tetapi juga ditujukan kepada golongan fundamentalis Islam.
Apa itu fundamentalis Islam ?
Kata fundamentalis sebenar bukan berasal dari kata istilah Islam. Istilah ini berasal dari agama Kristian – Kristian fundamentalis – yang bermaksud penganut Kristian berusaha kembali kepada agama Kristian yang asal (asas) setelah agama itu berpecah-pecah kepada beberapa mazhab.
Oleh kerana tiada istilah yang sepadan dalam kamus Islam, maka pihak Kristian menggambarkan ‘seseorang penganut Islam yang mahu berpaksi kepada asas Islam, akan dilabelnya sebagai fundamentalis Islam’.
Seseorang itu akan dilabel sebagai fundamentalis Islam jika mempercayai dua perkara asas; Pertama pengakuan autoriti Allah dan syariatNYA (yang dibawa oleh RasulNya, Muhamad SAW) dan kedua; menolak pluralisme agama (hanya mempercayai Islam agama benar, semua agama lain tidak benar).
Sekurang-kurangnya terdapat lima pihak yang terlibat dalam menyiapkan draf master plan Muslim Moderate itu;
Pertama, pihak RAND Corporation; Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz & Peter Sickle .
Kedua pemikir Yahudi; Daniel Pipes, Stephen Schwartz & Michael Whine.
Ketiga, Badan-badan kerajaan Amerika; Hillel Fradkin (Center on Islam, Democracy & the Future of the Muslim World/ Hudson Institute), Dennis Ross dan Robert Satloff ( The Washington Institute for Near East Policy) Joseph Crapa, Tad Stahnke, Dwight Bashir & Scott Flipse (US Commission on International Religious Freedom) Paul Paul Marshall (Freedom House), Abdeslam Maghraoui & Mona Yacoubian (United States Institute of Peace), Radwan Masmoudi (Center for the Study of Islam & Democracy). Steven Cook(Council on Foreign Relations) dan Keempat, pemikir orientalis; John Esposito (Universiti Georgetown)
Manakala pihak kelima adalah golongan Islam yang terdiri daripada kumpulan moderat/liberal dan murtad. Mereka termasuklah; Anwar Ibrahim (Malaysia), Azyumardi Azra, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) & Ulil Abshar Abdalla (Indonesia), Amina Rasul-Bernardo (Filipina) dan Suzaina Kadir (Singapura).
RAND Corporation turut menyenaraikan nama-nama kumpulan murtad beserta dengan memorandum mereka yang bertajuk ” Manifesto: Together Facing the New Totalitarianism”. Mereka termasuklah; Ayaan Hirsi Ali, Chahla Chafiq, Irshad Manji, Mehdi Mozaffari, Maryam Namazie, Taslima Nasreen, Salman Rushdie dan Ibn Warraq. Golongan ini juga termasuk dalam kelompok kelima. Klik di sini
Bacaan lanjut, sila baca artikel bertajuk “Strategi Rand Corporation kaderkan Anwar”. Klik di sini
Apa takrif Muslim Moderate ?
Menurut RAND Corporation, pembinaan ‘Muslim Moderate’ atau ‘Muslim Liberal’ bertujuan untuk menentang golongan fundamentalis Islam.
Bermakna ciri Muslim Moderat atau Muslim Liberal adalah bertentangan dengan ciri Muslim fundamentalis. Pertama, jika muslim fundamentalis patuh dengan autoriti Allah (Al Quran) dan SyariatNya (Rasullullah SAW), maka muslim Moderat/Liberal akan mempertikaikan autoriti Allah (Al Quran) dan syariat RasulNya (Hadis Nabi Muhamad SAW).
Kedua, jika muslim fundamentalis menolak pluralisme agama, maka muslim moderat/liberal menerima sepenuhnya konsep pluralisme agama dengan menganggap semua agama di dunia ini adalah benar, semua agama adalah sama, tidak ada agama yang lebih tinggi daripada agama lain, semuanya sama rata dan semua agama adalah hak individu, bukannya hak negara.
Anwar Ibrahim menerima gelaran “Muslim Moderat of The Year Award 2005″
daripada CSID, di Amerika Syarikat. Dari kiri Antony Sullivan, (Naib
Pengerusi CSID), Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Anwar Ibrahim dan
yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Pengerusi CSID). Semasa
Anwar menerima anugerah ini turut disaksikan oleh Andrew S. Natsios
(USAID), Lorne Craner (IRI) dan Carl Gershman (NED). CSID sebuah
organisasi berpengakalan di Washington DC yang ditaja oleh agensi
Amerika Syarikat yang bermotifkan demokrasi iaitu USAID, NED, IRI dan NDI
daripada CSID, di Amerika Syarikat. Dari kiri Antony Sullivan, (Naib
Pengerusi CSID), Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Anwar Ibrahim dan
yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Pengerusi CSID). Semasa
Anwar menerima anugerah ini turut disaksikan oleh Andrew S. Natsios
(USAID), Lorne Craner (IRI) dan Carl Gershman (NED). CSID sebuah
organisasi berpengakalan di Washington DC yang ditaja oleh agensi
Amerika Syarikat yang bermotifkan demokrasi iaitu USAID, NED, IRI dan NDI
Memahami pemikiran kontroversi Muslim Moderat, Radwan Masmoudi (Presiden CSID). Pemikiran Radwan adalah cerminan kepada pemikiran Anwar, sebab itu Radwan memilih Anwar sebagai “Tokoh Muslim Moderat 2005″
Jika diteliti dalam master plan RAND Corporation yang menyediakan resipi ‘muslim moderate’, istilah itu diilhamkan oleh pemikir-pemikir Yahudi dan orientalis di Amerika Syarikat (seperti Daniel Pipes & John Esposito) yang berpusat di universiti-universiti Amerika dan dibantu kewangan oleh badan-badan kerajaan Amerika Syarikat, termasuklah RAND Corporation, Center on Islam, Democracy & the Future of the Muslim World, Hudson Institute, The Washington Institute for Near East Policy, US Commission on International Religious Freedom, Freedom House, United States Institute of Peace, Center for the Study of Islam & Democracy dan Council on Foreign Relations (CFR)
Tidak dinyatakan peranan CIA, NED dan USAID, kerana ketiga-tiga badan itu sudah beroperasi berselindung di sebalik nama badan-badan yang disenaraikan itu.
Bermakna, jika berdasarkan laporan RAND Corporation ini, semua kelompok Islam yang menentang fundamentalis, sama ada ‘liberal’ atau ‘murtad’, semuanya dikelompokkan dalam satu katogeri iaitu ‘muslim moderate’.
Maka jelaslah ‘muslim moderate’ ini merupakan ‘tentera Islam’ ciptaan Amerika Syarikat, yang dianggap sebagai ‘tentera upahan Islam’ untuk merosakkan Islam dari dalam.
Golongan murtad satu aliran dengan Muslim Moderat/Liberal ?
Jika kita membaca kandungan memorandum kumpulan murtad yang bertajuk “ Manifesto: Together Facing the New Totalitarianism” (bersama menentang penguasaan satu pihak/totalitarianism) kita dapat membuat kesimpulan bahawa tiada bezanya antara kumpulan murtad dan moderat/liberal.
Cuma yang membezakan antara murtad dan moderat/liberal adalah tahap keradikalan tindakannya. Golongan murtad akan mempertikaikan Allah dan Rasul secara terang-terangan, seperti Salman Rushdiedan Irshad Manji (klik di sini), manakala golongan moderat/liberal akan memperlekehkan Islam secara halus, seperti yang dilakukan oleh Abdurrahman Wahid (Gus Dur) dan Anwar Ibrahim (klik di sini)
Jika kita membaca kandungan manifesto kumpulan murtad, musuh mereka adalah ’new totalitarianisme’ merujuk kepada Islamisme yang dikuasai oleh golongan fundamentalis. Bermakna musuh-musuh murtad dan moderat/liberal adalah sama, fundamentalis Islam.
Seterusnya manifesto itu menjelaskan cara untuk menentang totalitarianisme/fundamentalis ini dengan kaedah mempromosikan kebebasan, persamaan taraf (sama rata) dan nilai-nilai sekular untuk semua umat Islam. Ini juga tema perjuangan kumpulan moderat/liberal.
Kata kumpulan murtad; “Kami membela nilai-nilai universal; kebebasan bersuara, sehingga jiwa kritis dapat hidup segar, melawan setiap dogma (peraturan agama) dan perlakuan yang tidak adil. Kami menyeru kepada para pencinta demokrasi dan jiwa-jiwa bebas di dunia ini, untuk menjadikan abad ini sebagai abad pencerahan dan bukannya abad kegelapan”. Ini juga merupakan tema perjuangan kumpulan moderat/liberal.
Jadi di mana perbezaan tema perjuangan ‘murtad’ dan ‘moderat/liberal’ ?
Kalau kita teliti, rekod peribadi ‘pejuang-pejuang murtad’ ini, kita dapati kebanyakan mereka mempunyai rekod peribadi yang bertentangan dengan akhlak Islam. Misalnya Salman Rushdie adalah kaki perempuan;Caroline Fourest adalah Presiden Kelab Gay dan Lesbian dan Irshad Manji adalah individu yang mengaku mengamalkan cara hidup lesbian. Semua tokoh-tokoh ini bermasalah di negara masing-masing dan lari menetap di negara Barat.
Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim ? Bukankah beliau pernah dijatuhi hukuman bersalah melakukan perbuatan liwat pada tahun 2000 dan pernah lari ke luar negara, menetap di Amerika Syarikat, sebaik sahaja dibebaskan dari penjara Sungai Buloh ?
Profesor Madya Dr Idris Zakaria dalam kertasnya “Liberalisme dan Pluralisme : Ancaman baru Malaysia” menyebut RAND Corporation adalah salah satu mekanisme Amerika Syarikat yang berfungsi untuk memperkasakan Islam Liberal di dunia Islam. Klik di sini
Di dalam buku terbitan RAND Corporation yang bertajuk “Building Moderate Muslim Networks” pula menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai penyumbang idea dalam mempersiapkan buku yang asalnya merupakan satu laporan kertas kerja yang dihantar kepada White House sebagai pelan bertindak untuk menghadapi ancaman terorisme. [klik di sini, lihat muka surat 28]
Selain nama Anwar, turut disebut nama Ahmad Syafii Maarif, bekas Pengerusi Muhammadiyah; Abdul Mu’ti, Pengerusi Pemuda Muhammadiyah Pusat; Azyumardi Azra, Rektor Universiti Islam Negeri; Ulil Abshar Abdalla (foto), moderator Jaringan Islam Liberal (JIL); M Syafi’i Anwar, Pengarah Eksekutif Pusat Islam Antarabangsa & Pluralisme (ICIP); Jusuf Wanandi, Pengerusi Lembaga Pengarah -Pusat Strategik Dan Kajian Antarabangsa (CSIS)/ Presiden The Jakarta Post Daily dan Rizal Sukma Pusat Kajian Strategik Dan Antarabangsa Jakarta.
Kesemua nama-nama yang disenaraikan di atas adalah termasuk tokoh-tokoh Islam Liberal Indonesia.
Bermakna menurut kajian RAND Corporation, “Membina Rangkaian Muslim Moderate” adalah sama dengan “Membina Rangkaian Islam Liberal”.
Istilah”Moderate” sama dengan”Liberal” seperti yang pernah dibahaskan sebelum ini. Klik di sini
Turut disentuh dalam buku itu adalah bagaimana peranan CSID (Center for Study Islam & Democracy) memoderatkan Islam di Timur Tengah [lihat muka surat 150-151]
CSID : Dari kiri Dr. Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Carl Gershman (Presiden National Endowment for Democracy-NED, berbangsa Yahudi) dan Anwar Ibrahim. Anwar sedang menerangkan kaedah-kaedah terbaik untuk menyebarkan fahaman Islam dan Demokrasi di Timur Tengah dalam
Siri Syarahan Bulanan CSID di Washington DC pada 2 Mac 2006.
Siri Syarahan Bulanan CSID di Washington DC pada 2 Mac 2006.
Tajuk syarahan Anwar adalah “Democracy in the Muslim World – Priorities and Strategies”
Begitu juga dengan kertas kerja Abdurrahman Wahid (Gus Dur) yang bertajuk “Right Islam vs Wrong Islam” turut diselitkan sebagai dokumen penulisan dari aktivis Islam moderat Indonesia [ lihat muka surat 185-189]
Tetapi yang lebih mengejutkan RAND Corporation turut menyelitkan satu memorandum golongan murtadbertajuk “Manifesto: Together Facing the New Totalitarianism”.
Golongan murtad itu termasuklah Salman Rushdie, Taslima Nasreen, Ayaan Hirsi Ali, Irshad Manji, Mehdi Mozaffari, Maryam Namazie dan Ibn Warraq [lihat muka surat 198-199]
Salman Rusdie pernah difatwakan “murtad” dan halal darahnya oleh Ayatollah Khomeni kerana melakukan penghinaan terhadap Rasulullah SAW dalam bukunya bertajuk “The Satanic Verses.” Klik di sini
Taslima Nasreen, warganegara Bangladesh difatwakan hukuman mati kerana membuat seruan agar Al Quran wajar diterjemahkan semula. Sekarang Taslima menjadi pelarian dan menetap di Amerika Syarikat dengan menjadi penyelidik di Universiti New York. Klik di sini
Persoalannya adakah golongan murtad juga tergolong sebagai golongan muslim moderat/liberal?
Kalau golongan murtad sama dengan golongan moderat atau liberal seperti yang dikatogerikan oleh RAND Corporation, bererti makna Islam Liberal lebih mudah, iaitu golongan ini setaraf dengan golongan murtad yang difatwakan “hukuman bunuh” oleh kebanyakan dunia Islam..
Berikut merupakan kandungan memorandum golongan murtad sedunia, yang terkandung dalam buku “Building Muslim Moderate Netwoks”, terbitan RAND Corporation;
Manifesto : Bersama-sama menentang Totalitarianisme* baru
*Totalitarianisme merupakan fahaman yang hanya membenarkan kewujudan satu pihak atau parti politik sahaja dalam pemerintahan negara secara total. Sistem ini hampir sama dengan sistem diktator atau negara polis (police state). Klik di sini
Kenyataan memorandum
Setelah berjaya mengalahkan Fasisme, Nazisme dan Stalinisme, dunia kini menghadapi satu lagi ancaman totalitarian global baru : Islamisme.
Kami, penulis, wartawan dan intelektual, menyerukan agar dunia menentang totalitarianisme agama dan mempromosikan kebebasan, persamaan taraf dan nilai-nilai sekular untuk semua.
Kejadian mutakhir ini, khususnya dengan penerbitan gambar kartun yang menghina Nabi Muhamad SAW dalam akhbar-akhbar Eropah, menunjukkan pentingnya nilai-nilai universal ini.
Perjuangan ini tidak boleh dimenangkan dengan senjata, tetapi dapat dikalahkan dengan perang ideologi.
Ini bukan pertembungan peradaban atau antagonisme antara Barat dan Timur, tetapi perjuangan global yang menyaksikan penentangan di antara kaum pencinta demokrasi (kebebasan agama) vs teokrat (pengawalan agama).
Setiap penganut ideologi totalitarianisme, mereka dipupuk oleh rasa takut dan kekecewaan.
Para pendakwah kebencian (baca: pendakwah Islam) memanfaatkan perasaan-perasaan (takut dan kekecewaan) tersebut untuk membangun kekuatan yang dapat memaksa dunia mengekang kebebasan dan menciptakan ketidakadilan.
Tetapi kami menyatakan dengan tegas: Tidak akan ada satu perkara pun yang membenarkan merebaknya kegelapan, totaliterisme dan kebencian.
Islamisme adalah satu ideologi reaksioner(bertindak balas) yang membunuh persamaan taraf, kebebasan dan sekularisme.
Kemenangan Islam hanya akan membawa kepada ketidakadilan dan dominasi: lelaki atas perempuan, fundamentalis (orang berpegang kepada asas agama) ke atas orang lain.
Kita harus memastikan wujudnya hak-hak universal kepada mereka yang ditindas dan didiskriminasi.
Kami menolak prinsip “relativisme budaya” yang menuntut bahawa lelaki dan perempuan dalam budaya Muslim tidak perlu persamaan taraf ataupun sekularisme kerana memang dalam budaya dan tradisi mereka wujud budaya itu.
Kami menolak memadamkan jiwa kritis kami hanya kerana takut dituduh “Islamophobia”, iaitu satu istilah yang menganggap semua kritikan terhadap Islam sebagai satu perkara yang memalukan.
Kami membela nilai-nilai universal; kebebasan bersuara, sehingga jiwa kritis dapat hidup segar, melawan setiap dogma (peraturan agama) dan perlakuan yang tidak adil.
Kami menyeru kepada para pencinta demokrasi dan jiwa-jiwa bebas di dunia ini, untuk menjadikan abad ini sebagai abad pencerahan dan bukannya abad kegelapan.
Ditandatangan
oleh :
oleh :
1. Ayaan Hirsi Ali, berasal dari Somalia dan menetap di Belanda. Dipilih sebagai ahli parlimen Belanda mewakili parti kebebasan dan demokrasi. Sekarang felo di AEI (American Enterprise Institute), Amerika Syarikat. Klik di sini
2. Chahla Chafiq, adalah pejuang hak asasi wanita dari Iran yang telah melarikan diri ke Perancis. Beliau membela Yahudi dan holocaust. Klikdi sini
3. Caroline Fourest, adalah wartawan yang memperjuangkan feminisme, di Perancis yang menulis buku Frere Tariq (Tariq Ramadhan) iaitu himpunan tulisan-tulisan kontroversi Tariq Ramadhan (pendokong Islam Liberal Mesir). Beliau adalah Presiden Pusat Gay dan Lesbian Perancis. Klik di sini
4. Bernard-Henri Lévy, berasal dari keluarga Yahudi di Algeria yang berpindah ke Perancis. Seorang ahli falsafah, intelektual dan wartawan. Klik di sini
5. Irshad Manji, berasal dari Uganda dan berpindah ke Kanada. Beliau mengaku seorang lesbian, pejuang feminisme dan menjadi pengasas dan Presiden Project Ijtihad untuk membangunkan rangkaian reformasi pemikiran muslim dan bukan muslim. Beliau juga merupakan Pengarah Projek Rangsangan Moral di Universiti New York. Klik di sini
6. Mehdi Mozaffari, berasal dari Iran dan melarikan diri ke Geneva selepas kerajaan Shah Iran dijatuhkan. Sekarang pensyarah pelawat di Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Klik di sini
7. Maryam Namazie, berasal dari Iran dan melarikan diri ke Britain. Beliau merupakan pejuang hak asasi manusia dan pengamal media. Beliau merupakan jurucakap Majlis Muslim Murtad di Britain. Klik di sini
8. Taslima Nasreen, berasal dari Bangladesh yang melarikan diri ke Amerika Selatan. Seorang penulis dan penyair yang memperjuangkan secular humanisme, kebebasan berfikir, persamaan hak wanita dan hak asasi manusia. Sekarang menjadi penyelidik di Universiti New York, Amerika Syarikat. Klik di sini
9. Salman Rushdie, berasal dari India yang melarikan diri ke Britain. Seorang penulis novel yang menghina Rasulullah SAW dalam bukunya “The Satanic Verses” (Surah-surah Syaitan). Klik di sini
[1] Ayaan Hirsi Ali, [2] Chahla Chafiq, [3]
Caroline Fourest, [4] Bernard-Henri Levy, [5] Irshad Manji, [6] Mehdi
Mozaffari, [7] Maryam Namazie, [8] Taslima Nasreen, [9] Salman Rushdie,
[10] Antoine Sfeir, [11] Philippe Val, [12] Ibn Warraq.
Caroline Fourest, [4] Bernard-Henri Levy, [5] Irshad Manji, [6] Mehdi
Mozaffari, [7] Maryam Namazie, [8] Taslima Nasreen, [9] Salman Rushdie,
[10] Antoine Sfeir, [11] Philippe Val, [12] Ibn Warraq.
10. Antoine Sfeir, berasal dari Lebanon dan menetap di Perancis. Seorang wartawan dan professor di Universiti Sorbonne. Klik di sini
11. Philippe Val, seorang wartawan dan penyanyi yang berasal dari Perancis. Seorang penyokong Israel dan memuji Israel kerana berusaha melahirkan Muslim Moderat di dunia muslim. Klik di sini
12. Ibn Warraq, berasal dari India/Pakistan ke London dan Perancis. Pengasas Intitut Sekular Masyarakat Islam dan fellow penyelidik di The Center for Inquiry(CFI), Amerika Syarikat yang memfokuskan kajian dengan mengkritik Al Quran. Pernah menulis buku “The Origins of the Quran” pada tahun 1998 dan ”kenapa saya keluar dari Islam”. Klik di sini
No comments:
Post a Comment