Pembangkang hina Raja Melayu? Oleh MOHD. RAFIE AZIMI


Pembangkang hina Raja Melayu?

KUALA LUMPUR 12 April - Seorang petugas perubatan yang turut serta dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara semalam menzahirkan rasa kecewa terhadap beberapa pemimpin pembangkang yang didakwanya mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu.
Dr. Rahman Kadir yang menulis menerusi laman Facebook beliau, merupakan salah seorang anggota pasukan perubatan yang bertugas semasa istiadat itu berlangsung.

Beliau mendakwa perbuatan mempersenda dan mengejek itu paling ketara dilakukan apabila tetamu kehormat berjalan masuk ke dalam Balairong Seri.

Bermula dengan ejekan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr. Rahman mendakwa ia kemudiannya berterusan kepada Yang Dipertua Negeri serta Sultan-Sultan.
"Menerusi televisyen plasma yang ditempatkan, pembangkang dapat melihat setiap Sultan masuk ke Balairong Seri.
"Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua," tulisnya dalam nota di laman sosial Facebook.

Tulisannya itu turut dipetik beberapa laman blog termasuk http:// www.anwaraidc.com/, http://empayar-pemuda.blogspot.com,http://hhalem. blogspot.com serta dikongsi lebih 272 kali oleh rakan-rakan Facebooknya.
Bagaimanapun beberapa pemimpin pembangkang sama ada menafikan dakwaan itu ataupun tidak tahu-menahu mengenainya. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua awal-awal lagi sudah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai pembohongan UMNO.

Dakwanya dalam laman sosial Twitter: "Tak cukup dengan serangan peribadi murahan,cybertroopers UMNO sekarang nak rosakkan imej majlis diraja pula".

Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw ketika dihubungi Utusan Malaysia turut menafikan dakwaan tersebut. "Tidak ada apa-apa berlaku. Yang di-Pertuan Agong sudah ditabalkan, tak perlulah kita 'tambah' apa-apa," katanya.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad pula mendakwa tidak tahu-menahu mengenai kejadian itu.
"Saya cuma dengar suara orang di sebelah kerana jarak yang agak jauh. Pada saya, agak mustahil untuk individu itu mendakwa mendengar perbualan semua ahli Parlimen pembangkang kerana jarak yang agak jauh antara kami," katanya

No comments:

Post a Comment