Bila GAMBAR cuba menerangkan sesuatu.

beri penumpuan
kepada seorang lelaki
dan
buat kesimpulan
anda sendiri
mengenai tingkahlaku dan perjuangannya.





terutamanya
bila seseorang itu
mendabik dada
bahawa dia pejuang agama, bangsa dan negara

1 Tangan beliau atas bahu wanita tidak menjadi soal, sebab wanita itu mungkin adiknya, kakaknya, tunangnya, atau kekasihnya, lagipun ada maklumat mengatakan dia akan berkahwin dengan wanita berkenaan tidak lama lagi.

2. Tetapi sebagai pemimpin anak muda, pejuang bangsa, beliau lebih manis berada dalam barisan yang sujud dan rukuk dihujung sana daripada sibuk dengan hal-hal publisiti, kerana secara prinsipnya pemimpin sentiasa bersama pengikut.

3. Tanpa niat memperkecilkan perjuangan beliau, catatan rocky bru terkini wajar dibaca yang menerangkan secara ringkas mengenai siapa yang bertanggungjawab membawa PTPTN ke parlimen pada tahun 2007 dan siapa pula yang turut menyokong, dan ada pula yang memberi cadangan tambahan.  sila rujuk  PTPTN: Anwar, Kit and Guan Eng supported Bill in 9...

4. Anwar yang membawa PTPTN ke parlimen, Lim Kit Siang mencadangkan bajet awal ditambah dari RM100juta ke RM500juta manakala Lim Guang Eng mencadangkan bajet awal PTPTN ditambah ke RM1 bilion.

5. Pembangkang menganggap isu PTPTN sebagai modal kempen untuk membenci projek kerajaan walaupun ianya sangat berfaedah untuk rakyat jelata, dan kelangsungan pendidikan dan kesejahteraan rakyat. Anak muda melihat penghapusan PTPTN sebagai bahan ghairah tak perlu bertanggungjawab dan tak payah bayar.

6. Kebanyakan anak-anak Melayu akan menderita tanpa PTPTN jika tidak dapat belajar di IPTA kerana yuran di IPTS sangat tinggi.

7. Ramai anak-anak bangsa Cina tidak akan rasa apa-apa tanpa PTPTN kerana keluarga mereka mampu untuk bayar yuran dan belanja sara hidup sepanjang pengajian.

8. Perlu juga diingatkan PTPTN mengandungi dua unsur
  • a. Yuran Pengajian.
  • b. Kos Sara Hidup.








No comments:

Post a Comment