10 anak muda Permatang Pauh tolak PAS.





Sepetang bersama sekumpulan 10 orang anak muda di Cerok Tok Kun, sambil berkongsi cerita pengalaman masing-masing, ketara mereka kecewa dengan keghairahan PAS berpolitik hingga mengheret akidah ketebing iman. Permainan PAS semakin hari semakin menggila. Anak muda terkeliru dengan pegangan prinsip keagamaan dalam kerjasama politik pemimpin PAS.

1. ISU Kalimah ALLAH
Anak muda tahu gejala disebalik perkongsian kalimah Allah dalam agama lain. Belum apa-apa lagi rakyat Malaysia dah terjumpa risalah di beberapa tempat di Pulau Pinang yang terang-terang mengajak ke Gereja untuk belajar mengenal ALLAH. Juga sudah ada buku dan majallah yang berani menggunakan kalimah ALLAH merujuk kepada Tuhan agama yang lain selain Islam. Generasi muda sekarang dan generasi akan datang tentu terus terkeliru dan jangan hairan kalau ramai nanti tergelincir akidah. Apa PAS buat soal mereka.



2. Isu NIK AZIZ menongkat langit.
Sembilan dari sepuluh anak muda rasa pelik bila NIK AZIZ masih mahu terus berpolitik dan akan bertanding pilihanraya. Mereka amat faham bahawa NIK AZIZ tidak tahu apa-apa tentang mengurus sebuah negeri. Bagi mereka Nik Aziz terlalu tua untuk memimpin dan berfikir. Bertuankan orang sebegini bagi mereka amat bahaya, kerana kesejahteraan hidup rakyat bukan datang dari sekadar cakap dan jenaka.


3. Isu Moral Anwar
Seluruh dunia tahu ANWAR memang kaki betina dan jantan. Menolak secara membabi buta semata-mata ingin mengekalkan kekuatan Pakatan Pembangkang adalah cara Iblis. Menutup kejahatan tidak akan menjanji kebaikan. Syaitan akan kekal syaitan kata mereka.






4. Perjuangan ISLAM.
kesemua mereka bersetuju bahawa PAS sekadar parti retorik sahaja. Usaha kearah membina negara islam bertamadun tidak ada, semua sekadar cakap-cakap sahaja.  Asalnya PAS benci sama bukan islam kini berpeluk-peluk untuk berkuasa.  Hudud hanya senjata pilihanraya selama berpuluh tahun. Sekali kena warning dengan Anwar dan Lim Kit Siang, HUDUD dan NEGARA ISLAM terus tidak lagi jadi sebutan parti PAS. Mereka lantas berhujah, Islam subur di Malaysia lebih subur dari Bahrain contohnya, lebih baik dari Turki malah lebih baik dari Mesir.





5. Moral STOPA ALI.
Stopa Ali?
Isu kecil yang menguji kekuatan PAS. Mereka mengaku telah melihat video clip stopa ali yang tersebar secara meluas seluruh negara di kalangan anak muda. Bagi mereka, memang Stopa Ali, tak payah berdalih-dalih lagi. Langkah agresif, affirmative dari pemimpin PAS sepatutnya pecat Stopa Ali, atau minta berundur hingga isu selesai. Mengalih ke pihak lain tidak membantu apa-apa.






Bagi mereka DAP tidak ada sedikit pun ada rasa belas kasihan terhadap umat Melayu / umat Islam. Berkawan dengan DAP akan bunuh kekuatan Islam dalam negara ini. PKR pada pandangan mereka bukan parti yang ada perjuangan murni.  Bagi mereka juga negara pimpinan BN telah berjaya dalam tempuh singkat lepas merdeka. Barangkali inilah contoh negara Islam dengan masyarakat majmuk yang ada atas muka bumi, tidak ada lagi yang lain. negara Arab pun tak boleh tanding.....








No comments:

Post a Comment