MahaFiraun
MahaZalim
Haprak
Syaitan
Iblis
Dajal
Kafir
Ini adalah perkataan yang sering digunakan oleh Hadi, Anwar, Badrul Amin, dan hampir kesemua pemimpin PAS dan PKR. Kalau yang dah gila kuasa dan ego seperti Iblis yang tak mahu tunduk dengan Adam, kita tak hairan sangat. Kalau semuda Siti Aisyah SriKandi PKR, dah pandai memaki mufti Perak, saya hanya geleng kepala, dan kata "kamu hanyalah manusia yang minum, kencing dan berak." tak lebih dari itu. Suara kamu adalah sebiji suara IBLIS yang enggan tunduk pada orang lain kerana menganggap kau yang paling hebat. Dalam salur galur sebuah kerajaan, badan kehakiman, institusi raja, seharusnya ada fair-play. Rasa hormat dan bangga kepada tindakan, gagasan serta agenda kerajaan yang baik, seterusnya memberi menafaat kepada rakyat jelata. Jika kita meneliti apa ada disebalik watak IBLIS, bukan siapa dia, bukan darimana asalnya, tetapi dia adalah IBLIS laknat bila enggan tunduk pada perintah Allah, dan enggan tunduk kepada pemimpin atau ketua yang sah.
Mengadakan cerita sensasi tanpa asas kukuh adalah tidak bertanggungjawab, pada hemat saya hampir kepada penipuan. Pada saya, itu adalah kecurangan dalam politik. Politik tidak boleh serendah itu, moral ahli politik juga tidak boleh serendah itu.
Bukan dulu kita sering dengar betapa Projek Putrajaya dan KLIA dilaung sebagai projek mega yang membazir. Sekarang rakyat sudah lupa dengan laungan itu, malahan mengunjungi dengan penuh rasa bangga bahawa disebalik projek2 itu ada pemikiran yang bernas dan jauh kehadapan. Saat-saat Anwar tumbang dalam Umno, isu ini dilaung sekuat-kuat hati. Hampir semua pemimpin parti pembangkang menjerit isu yang sama. Kalau kita sudi toleh kebelakang, kita akan kata betapa pemimpin pembangkang hanya menjadikan itu isu untuk mengusik dan mengganggu minda rakyat, untuk satu UNDI.
Bayangkan sekarang Anwar, Hadi, Mahfuz, Mat Sabu tanpa rasa malu terus menggunakan kemudahan KLIA setiap masa, yang dulunya disebut projek mega yang membazir. Juga mereka tempuh hari berkira-kira ingin merampas Putrajaya dengan menarik sejumlah MP BN memeluk pakatan rakyat. Projek Putrajaya yang dulunya membazir, sekarang menjadi idaman.
Bukan dulu Hadi terkenal seluruh negara dengan fatwa mengkafirkan UMNO, kerana masih mengamalkan undang-undang tinggalan penjajah bukan undang-undang Islam, kerana berpakat dengan bukan Islam, juga kerana dilihat mengamalkan konsep "agama suku, politik suku". Untuk pilihanraya kali ini PAS kelihatan selesa dan langsung tidak malu menggugurkan Negara Islam dari agenda perjuangan. Nah, apa lagi yang tinggal jika kita mahu ukur tentang keikhlasan perjuangan.
Malangnya, orang ramai mudah terpedaya dan merelakan penipuan seperti ini berlaku setiap kali menjelang pilihanraya. Yang tertipu bukan hanya penduduk kampung seperti Memali yang begitu teruja dengan Fatwa Hadi, tetapi rakyat bandar Shah Alam juga sudah selesa menidakkan harapan dan kesejahteraan hidup sedikit sebanyak terhasil disebalik agenda besar UMNO dan Perikatan/BN sejak merdeka. Kita ingat kita senang sebab kita pandai dan rajin. Kita lupa tentang laluan yang disediakan untuk kita jadi pandai dan mampu berlari melalui agenda besar Kerajaan.
Anwar hebat?..... celaka kerana menipu!
Badrul Amin?..... celaka kerana anggap dia marriage caunselor bertauliah!
Mahfuz hebat?.... Bangsat kalau tak sanggup sepak kaki Anwar tentang isu Israel!
Hadi Hebat?...... dia sedang jadikan ahli PAS kafir dan syaitan menurut FATWA Hadi terdahulu!
Nik Aziz hebat?........ Dia macam Firaun juga, takut hilang kuasa!
atau orang lain tak boleh maki-maki?
atau maki-maki adalah hakcipta mutlak PAS dan PKR?
mungkin kita kena berhenti sejenak, bersyukur dengan rezeki dan kelangsungan hidup nikmat Allah. Mungkin inilah yang diperkenan tuhan. Bukan yang dalam mimpi Mahfuz, Siti Aisyah, mat Sabu dan tentu sekali Anwar
Home » anwar ibrahim » ANWAR, Maha Firaun?
No comments:
Post a Comment