PENGUNDI HANTU PRU13 - PHANTOM VOTERS

PENGUNDI HANTU




Assalamualaikum.Terima kasih kepada Saudara Hilmi Samad diatas komentar sebagai seorang Counting Agent(CA).Di sini adalah komen saya terhadap apa yang dikatakan sebagai isu SPR tidak telus/undi hilang/kotak undi baru/undi tidak rahsia.Ya,mmg pnjg tulisan sy.Tetapi kalau nak tahu,sila baca.
Saya ditugaskan sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan Ketua Pengiraan Undi (Presiding Officer) untuk PRU13 kali ini.Untuk pengetahuan semua,setiap Kertas Undi telah diseal/dimeteraikan dengan pelekat keselamatan didalam peti undi sehari sebelum pengundian (4.5.13) di bilik gerakan dihadapan pegawai2 polis. Seawal jam 5 pagi saya bersama KTM lain dah terpacak dihadapan Pusat Bilik Gerakan untuk mengambil peti2 undi.Selepas mengesahkan pengambilan peti undi kami diescort pula dengan anggota Polis di DALAM kereta dan diminta berKONVOI bersama-sama ke Tempat Mengundi(TM).
Segala poster peringatan arahan pelekat pandu arah ditampal dibantu oleh Kerani Pengundian (KP).Setibanya Ejen Tempat Mengundi (ETM) jam 7.40 pagi.Saya telah membuka/unsealed peti undi dihadapan ejen dan semua nombor2 siri dicatatkan didalam Borang 13 dan diserahkan kepada ETM. Kemudian peti Undi dimeterai dengan Pelekat Keselamatan dan ditandatangani oleh ETM sendiri.
Isu undi bukan rahsia? Saya masih tidak faham kenapa ada yang menyatakan UNDI TIDAK RAHSIA kerana adanya NO. SIRI. Untuk makluman, No. Siri pada Kertas undi tersebut TIDAK SAMA dengan no siri yang tercatat di web SPR/no semakan SPR. No Siri itu hanyalah no yang tercatat di dalam Buku Daftar Pengundi sahaja berdasarkan saluran dan langsung tak sama pada kertas undi.Tiada kewajaran kami tahu apa yang anda PANGKAH apa selama ini dan undi anda masih rahsia :D
Setiap jam saya merekodkan bilangan pengundi dan diminta melaporkan bilangan supaya ia sama dengan jumlah kertas undi didalam Peti Undi.Sehingga jam 5 petang semasa Pusat Pengundian ditutup, Ejen yang sama telah melihat keadaan dimana mulut Tong Undi tersebut ditutup dan dimeterai.Bayangkan Peti Undi tersebut tidak SATU SAAT pun ditinggalkan oleh mana-mana Ejen Parti hingga saat SOLAT pun mereka sanggup korbankan (Wallahua’lam,jama’ mungkin?) kerana menjulang tinggi kelangit hal duniawi ini.
Kemudian Borang 13 (Final) disediakan sebagai bukti bilangan jumlah kertas undi yang dikeluarkan dan bilangan yang sepatutnya berada didalam Peti Undi.Seterusnya diserahkan kepada Ejen. Baki kertas undi/tidak digunakan sekali lagi dimeterai oleh Ejen dan diletakkan didalam Sampul 1.so, dah meterai oleh ejen,kami nak buka balik?
Isu pengiraan undi/blackout? Kemudian, tepat jam 5pm Ejen Mengundi (Polling agent) bertukar tangan kepada Ejen Mengira (Counting Agent).Untuk makluman, pengiraan undi dilakukan di TEMPAT MENGUNDI tanpa dibenarkan Peti Undi dibawa ketempat lain melainkan kes-kes tertentu (luar Bandar/hutan) tetapi masih ejen akan ikut sama dan Borang 13 yg tercatat No Siri kekal ditangan Ejen.
Prosedur pertama ialah setiap kertas undi dituang dan dikira satu-persatu dihadapan ejen supaya bilangan sama dengan Borang 13. Jika ada Kertas undi terlebih, Jadual 3 boleh digunakan oleh Ejen Pengundian untuk bantahan.Undi dikira dan sudah pasti terdapat pertikaian antara Ejen-Ejen sehingga melewatkan pengiraan undi.Korang nak gaduh-gaduh la,bertumbuk caci mencaci biasala tuh.Tetapi disini kuasa KTM diperlukan dan ia muktamad untuk menentukan undi ragu.Ya.Saya kurang bersetuju dengan arahan oleh SPR bahawa calitan dilakukan sebelum pengundi menandakan kertas undi.Di saluran saya sendiri terdapatnya situasi calitan terkena kertas undi. Tetapi saya membuat keputusan,selagi kesan dakwat tidak mencacatkan Kertas Undi dengan kuasa yang diberikan, saya menerima kertas undi tersebut.Ini soal teknikal.
Selesai pengiraan undi BORANG 14 disediakan dengan jumlah bilangan undi/keputusan.Ejen akan mendapat sesalinan dan juga disahkan.Sesalinan dimasukkan kedalam Sampul 7 dan sekali lagi dimeterai oleh Ejen untuk diberikan kepada Pusat Penjumlahan Undi.Tidak mungkin keputusan dapat diubah sedangkan Ejen mempunyai salinan pendua. Kertas Undi dimasukkan kedalam Sampul 6 dan dimeterai Ejen lagi. Sampul 1(baki kertas undi) dan Sampul 6(kertas undi yg dikira) di masukkan kedalam Peti Undi dan dimeterai untuk kali terakhir untuk dibawa ke Pusat Penjumlahan.Bagaimana kesemua PEMETERAIAN DIBUAT? Tanya Ejen sendiri.kan korg kononnye nak tau sgt kan.bukan mudah,kena ikat itu ini,tampal pelekat security,ikat seal SPR lagi.Ingat senang?
Isu Peti Undi Tambahan? Untuk ke Pusat Penjumlahan undi,kami diescort sekali lagi oleh Polis dan tidak diberi peluang untuk mengisi minyak/dipintas oleh mana-mana kereta sehinggalah sampai ke Pusat Penjumlahan. Sepanjang jalan dikiri kanan para penyokong fanatik tegar menendang2 kereta,mengetuk cermin,melontar botol air,menjerit SPR barua,macai,penipu besar,pembohong dan lain-lain lagi.Ikutkan hati nak dilanggar je.nasib anggota polis menenangkan saya.
Selepas selesai penyerahan Peti Undi dan BORANG 14 jumlah akan dipaparkan di layar projector dan para Ejen boleh melihat jumlah sama atau tidak sepertimana keputusan pengiraan di Tempat Pengundian. So, di mana berlaku Peti undi yg tiba2 datang sedangkan jumlah pada Borang 14 telah dipaparkan?masa bila saya nak kira kertas undi baru sedangkan semua Kerani Pengundian dah balik?
Bayangkan sehari sebelum pengundian kami diminta mengira peralatan,menyusun atur meja,memastikan aliran keluar masuk pengundi sehingga bekerja lewat malam dan kemudiaannya dihari pengundian bangun seawal 4.30 pagi sehingga proses pengundian selesai dan berada di Pusat Penjumlahan sekiranya ada bantahan dari Ejen sehingga jam 2-3 pagi esoknya.Itu belum dikira taklimat/kursus/seminar yang kami terPAKSA hadiri.Sudahlah penat dari awal pagi ke tengah malam, balik rumah buka fb kena provok pula kata kami kerja tak bersih..fahamilah perasaan kami…bayaran kami TIDAK LANGSUNG setimpal dengan apa yang kami lakukan.Saya sendiri kakitangan swasta dengan jawatan Profesional dengan gaji berkali2 ganda. Namun, saya ikhlas melakukan demi memastikan prinsip Demokrasi sentiasa menjadi tunjang Negara.
Ini kali kedua saya menjadi Petugas SPR dan memang banyak penambahbaikan telah dan boleh dilakukan(terutama masa calitan dakwat)Kalau ada isu Blackout, buat laporan polis,selidik betul2 kebenarannya.Jangan percaya bulat2.Jangan hanya berani bercakap dilaman sosial tanpa memahami SOP gerak kerja kami. Lihat dan rasai bagaimana tugasan kami.Kami petugas SPR bukanlah macai/barua/anjing/kuda/lembu mana2 parti. Kalau anda yang menyatakan SPR tidak telus, saya CABAR anda jadi petugas SPR untuk PRU akan datang! Wallahualam – Aizat Rahim
Penjelasan Kedua
Berdialog dengan Cina bandar (Siri 1)
Petang tadi Elly pergi ke kedai alat tulis yang juga menjual pakaian sekolah yang dimiliki oleh seorang wanita Cina. Wanita Cina ini amat mengenali Elly kerana kerap juga ke sana membeli keperluan sekolah anak Elly yg di Tahun 1 itu. Hari ini Elly ke kedainya untuk membeli Staedler Luna pencil colors dan whiteboard pen. Oleh kerana tiada customer lain dia ajak Elly bersembang dengannya. Dia mengulas keputusan PRU13 dan dalam masa sama membangkitkan banyak isu pilihan raya dan juga pemerintahan BN di Malaysia termasuk unfair treatments terhadap kaum Cina di Malaysia ini.
Elly kemukakan dua isu yang ringan dulu untuk maklumat semua.
1. ISU PERTAMA – UNDELIBLE INK YANG MUDAH TANGGAL DAN PENGUNDI BOLEH MENGUNDI SEKALI LAGI.
Cina bandar ini komplen berjuta ringgit wang mereka (kita punya luit) digunakan untuk membeli ‘Indelible Ink’ yang mudah tanggal. Dia tunjukkan index finger tangan kirinya kepada Elly yg menunjukkan terdapat kesan dakwat lagi di celah kuku jari indexnya walaupun kesan dakwat di atas kulit ruas atas, kuku, dan kulit bawah ruas jari telah hilang.
Elly bernasib baik kerana pertama kalinya menjadi Ketua Tempat Mengundi (KTM) pada PRU13 semalam dan ini jawapan Elly.
Jika itu dakwat dari jari lu sudah tarak nampak bolehkah lu pergi undi satu kali lagi? Dia jawab dia mungkin boleh.
Elly beritahu dia (dan juga kepada yang naif mengenai proses pilihanraya) apabila dia berjumpa Kerani Mengundi (KM) pertama saja setelah disahkan dengan Daftar Pemilih (DP) yg dia ialah adalah pengundi yang sah di Saluran Undi (Stream) itu, KM 1 berkenaan sambil membuat garisan di ruang kosong antara Bil. dan No. KP di DP (sebagai mengesahkan pengundi telah mengundi) meneriakkan Bil., No. KP dan juga nama pengundi berkenaan dengan kuat supaya dapat didengar oleh 3 orang Ejen2 Calon yang duduk mengadap peti undi itu. Ejen2 Calon pun turut menandakan dengan memotong nama pengundi berkenaan di DP salinan mereka. Elly lihat Ejen2 Calon ini juga mencatatkan bilangan atau jumlah pengundi yg telah datang mengundi.
Andainya, seorang pengundi itu di sebelah paginya telahpun mengundi dan setelah (katakan) kesan dakwat kekal itu hilang 100% pergi semula ke Saluran Undi sama cuba untuk mengundi semula, orang yang pertama akan protes ialah Ejen2 Calon sendiri kerana rekod mereka menunjukkan pengundi berkenaan cuba menipu dan boleh ditangkap polis (jika KTM melaporkan kepada Polis) kerana cuba menipu di bawah undang2 pilihanraya Malaysia.
2. ISU KEDUA – PENIPUAN UNDI SETELAH ‘BLACKOUT’ DI TEMPAT PENJUMLAHAN UNDI.
Cina bandar ini (dan manusia naif yang lain) kata Kerajaan (BN) menipu manipulasi undi di Tempat Penjumlahan Undi apabila berlaku blackout di suatu tempat.
Elly tanya dia di mana berlaku blackout itu. Dia tak dapat jawab. Elly pun tidak tahu di mana berlaku kerana hari ini semua surat khabar ‘Sold Out’ di sebelah pagi lagi dan Elly tiada maklumat.
Jawapan Elly kepada Cina bandar dan Melayu lain yang suka bangkang tidak bertempat: Selepas selesai pengundian tepat jam 5.00 ptg, maka proses pengiraan undi dijalankan tepat jam 5.30 ptg. Di antara tempoh 5.00 – 5.30 ptg itu Elly isikan BORANG 13 SPR iaitu “PENYATA KERTAS UNDI” yang menunjukkan No. Siri dan Jumlah Kertas Undi Diterima oleh saluran (Stream) Elly, No. Siri dan Jumlah Kertas Undi Yang Dikeluarkan Kepada Pengundi dan juga Bilangan Kertas Undi Yang Tidak Digunakan. Borang 13 ini disikan berasingan untuk Parlimen dan DUN,
Elly kemukakan Borang 13 ini kepada 3 orang Ejen2 Calon dan setelah meneliti dan membandingkan dengan rekod mereka bilangan pengundi yang hadir, mereka menurunkan nama mereka, No KP, parti yang diwakili dan juga tandatangan mereka di ruangan yang disediakan di Borang 13 itu.
Peti Undi yang telah dimeteraikan (sealed) sebelumnya itu dibuka tepat jam 5.30 ptg. dengan disaksikan oleh 3 orang Ejen-ejen Mengira Undi lantikan calon-calon. Proses mengira undi ini mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan bilangan pengundinya mendekati jumlah 500 pengundi.
Setelah selesai pengiraan undi dan telah ditentukan bilangan undi yang diperolehi oleh calon2 berkenaan, Elly isikan pula BORANG 14 iaitu PENYATA PENGUNDIAN SELEPAS PENGIRAAN UNDI yang menunjukkan Nama Calon, Parti yang diwakili dan juga jumlah/bilangan undi yang diperolehi oleh calon2 berkenaan (dan termasuk juga kertas undi yang ditolak)
Borang 14 ini Elly serahkan kepada Ejen2 Mengira Undi dan setelah berpuashati dan bersetuju dengan data dalam Borang 14 itu mereka menurunkan Nama, No. KP, Parti diwakili dan juga tandatangan mereka di ruangan yg disediakan di Borang 14 itu sebagai tanda persetujuan dan keputusan undi ini dicatatkan juga oleh mereka.
Borang 13 masukkan dalam sampul dikhaskan untuknya kemudian dimeteraikan dengan tandangan ejen2 calon. Begitu juga Borang 14 pun dimasukkan dalam sampul yg dikhaskan untuknya dan dimeteraikan dengan tandatangan oleh ejen2 calon. Kedua-dua sampul Borang 13 dan Borang 14 ini mesti diserah dengan tangan kepada Returning Officer di Tempat Penjumlahan Undi manakala kertas2 undi sama ada belum digunakan, telah digunakan termasuk kertas undi yg ditolak dimasukkan semula ke dalam peti undi DUN atau Parlimen masing2 bersama-sama segala perlatan mengundi lain spt alat tulis, borang2 lain, rubber stamp, indelible ink dsb. Kedua-dua peti undi DUN dan Parlimen dimeteraikan semula dan ejen2 calon ini menandatangan di atas pelekat seal berkenaan. Peti2 undi ini kemudian dimasukkan ke dalam beg kuning untuk DUN dan parlimen untuk diserahkan semula kepada Tempat pengumpulan Undi.
Masa di antara maklumat di Borang 14 ditandatangani oleh ejen2 calon dan masa peti undi dimeteraikan semula diambil peluang oleh ejen2 calon untuk mengrelay atau menghantar maklumat keputusan pengundian di saluran dan tempat pengundian kepada tempat pengumpulan undi calon berkenaan. Jadi, calon yang bertanding akan mengetahui telebih dahulu sama ada dia menang atau kalah dari maklumat2 yg diterima dan dikumpulkan dari ejen2nya dari semua saluran tempat mengundi dalam kawasan pilihanrayanya.
Bila tiba di Pusat Pengumpulan Undi satu jam kemudian dan sedang beratur untuk menyerahkan Sampul2 Surat Borang 13 dan Borang 14 serta peti2 undi, Elly terlihat calon2 yg menang di saluran Elly dengan isteri masing2 begitu gembira sekali di Tempat pengumpulan Undi.
Jadi, hanya calon yang sudah diketahui menang sahaja tetapi belum disahkan secara rasmi oleh Returning Officer sahaja yang pergi ke Tempat Pengumpulan Undi, dan yang calon kalah tidak nampak muka mereka di sana.
Tidak timbul penipuan pengundian di Pusat Pengumpulan Undi. Hanya fitnah dari pihak yang ingin berkuasa lagi dan pengikut2 totok mereka. – Elly Nina Ahmed

SUMBER

No comments:

Post a Comment