Bukan mudah untuk menghurai isu rasuah ini, lebih mudah lagi sebenarnya Hadi
Awang mengeluarkan amanat agong dalam santai berceramah tahun 1981 dulu. Santai orang muda (Hadi waktu itu) dalam ghairah berpolitik, kerana ingin meletak diri dibaris atas, atau saf depan. Tentang Hadi amat bercita-cita tinggi dalam politik, itu semua orang faham. Kita tinggalkan hal Hadi anak Awang sebentar untuk meneliti isu rasuah antara PAS Kelantan dan DAP sepertimana tersebar luas dalam media baru-baru ini, ditimbulkan oleh Hamidah dan Hamdi dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Dua sepupu Ngeh dan Ngah bukan main berang lagi, siap ugut2, siap buat police report.....
2. Wajar kita pinggirkan dahulu hal orang menerima rasuah. Seluruh penumpuan hendaklah diberikan kepada orang yang memberi rasuah. Dalam hal ini, kita dimaklumkan bahwa kerajaan negeri Kelantan dibawah pimpinan PAS telah meluluskan tanah balak seluas 10,526 ekar di Relai Mukim Chiku, Gua Musang kepada syarikat Upaya Padu Plantation Sdn Bhd . Kalau ikut resam negeri lain tanah seluas itu mesti dengan kelulusan mesyuarat exco negeri. Ketuanya adalah Nik Aziz yang sering lancang dan kadang-kadang kelihatan terbabas pendoman. Ngeh dan Nga adun DAP dari negeri Perak disebut sebagai pengarah syarikat berkenaan.
3. Telahan dipanjangkan lagi dengan menyebut tanah balak itu diberi sebagai tukaran nilai kepada perlantikan Nizar sebagai Menteri Besar negeri Perak suatu masa dulu. Dari satu sudut, tanah balak boleh diberi kepada sesiapa saja, org Singapura, orang Pulau Pinang dan orang Kelantan sendiri. Beri tanah balak bukan isu besar. Tetapi jika dikatakan balak sebagai timbalbalik kepada jawatan MB Perak dari PAS, itu mirip Rasuah. Awal-awal ura Nizar nak dilantik sebagai MB Perak, DAP memang nak boikot, tapi akhirnya terima dengan senang hati. Rupa-rupa adanya cerita balak!!
4. Keadaan itu sama juga dengan beri ganjaran wang kepada orang tertentu yang meluluskan sesuatu projek atau tender. Kadang2 orang tidak selesa menerima wang berbungkus, tetapi selesa dengan pakej yang menarik seperti tanah balak, rumah, kereta, dan ada juga pernah dengar cerita tentang perempuan sebagai hadiah.
5. Namun begitu Nik Aziz mungkin berpendapat, apa salahnya dia berbelanja untuk mendapatkan sesuatu contohnya beli baju, beli kereta. Jawatan Menteri Besar sangat besar nilainya, ketika arus pilihanraya menunjukkan PAS tengah menjadi. Jawatan itu sangat strategik untuk mata rakyat. Nah... Cara bercerita seolah macam ini, kelantan memang kita punya, Kedah kita dapat, Perak pun mesti dapat, walaupun perlu beli berjuta-juta.
6. Dalam politik mana ada halal haram. Hadi tak kisah pun dengan penomena kafirkan org UMNO hingga umat islam berpecah, ekoran celupar mulutnya berceramah 1981 dulu. Waktu aruah Ibrahim Libya mengajak orang-orangnya melawan polis, yang mati telah didewakan, disebut shahid dan tak perlu mandi. Tak semena-mena timbul peti derma mangsa memali, duit berjuta, tapi keluarga mangsa tak pernah rasa. Dalam politik, orang peduli apa. Serban untuk tunjuk-tunjuk sahaja. Hati (bukan Hadi) belum tentu bersih.
7. Kembali kepada isu balak sebagai ganjaran kepada jawatan MB, itu memang sah rasuah. Tetapi Nik Aziz peduli apa. Dia dewa, dia boleh kilas dengan fatwa segera dari mulut tuanya. Sama juga dengan Hadi. Dalam keadaan begitu jugalah mereka menerima Anwar yang disebut dalam keputusan mahkamah sebagai peliwat, dengan selesa sebagai regu dan teman.
8. Dalam keadaan begitu juga mereka selesa berpaut dengan DAP, seolah Amanat Hadi yang telah dicetak berjuta2 helai terpampang dirumah2 tidak relevan lagi. Tak heran kalau Hadi dan Nik aziz masuk neraka lebih awal dari orang lain, semata-mata kerana mereka merosakkan akidah dan kefahaman rakyat, menipu tentang isu Kafir hanya untuk berkuasa.
Ingatan kepada Nik aziz dan Hadi, serban bukan ukuran kepada kebaikan dan kenegaraan. Nizar mungkin kena sedar, dia hanyalah barang dagangan, macam periuk belanga, kopi, gula dan arang. Ngeh dan Nga tak perlu tutup hakikat, bahawa rasuah perlu ada dua orang pemberi dan penerima, dan kedua-duanya untung.
wallahualam.
No comments:
Post a Comment