UMAT ISLAM WAJAR BERSATU...!!!!!!!

UMAT ISLAM WAJAR BERSATU, berikan undi terbanyak kepada Barisan Nasional. Piliharaya ini adalah peluang penting untuk menzahirkan rasa penuh kesyukuran atas kesejahteraan Bangsa, Agama dan Negara di bawah pemerintahan Barisan Nasional sejak Merdeka. 

Syiar Islam mampu berkembang di bawah kerajaan BN, peluang pendidikan terbuka luas untuk umat Islam. Umat Islam mampu menapak kedepan dalam sektor ekonomi, walaupun belum cukup gagah. Umat Islam wajar memahami bahawa waktu Merdeka dulu, umat Islam tidak segagah mana dalam banyak hal. Umat Islam waktu itu berpaut dengan kekuatan penyatuan dibawah payung Kesultanan Melayu. 

Sekarang umat Islam terlalu berpecah.  Kerakusan Kuasa menolak umat Islam dalam kelompok, satu yang kekal setia dengan UMNO, dua yang masih dengan PAS, dan tiga berpaut dengan PKR. Umat Islam berpecah kepada tiga kelompok sebegini akhirnya akan meruntuhkan jatidiri ummah.

Umat Islam wajar bercantum semula, atas platform kesyukuran, atas peluang, atas kekuatan bangsa dan agama, untuk perjuangan selanjut di bawah satu harapan iaitu Barisan Nasional.

Kita bersatu, ummat Islam kekal kuat. Kita bercerai, negara Malaysia tidak akan seperti ini lagi. Antara perkara yang kita mungkin lupa ialah usaha banyak pihak samada dalam negara mahupun diluar sana untuk melihat Islam jadi lemah dan umatnya tidak bersatu.




Umat Islam wajar bercantum kembali dalam satu perjuangan Barisan Nasional, atas rasa kesyukuran kepada Ilahi.
  

No comments:

Post a Comment