Perang Sulu Lahad Datu - Anjing-anjing

Ada tanda-tanda bahawa kesetiaan kepada negara sebahagian pemimpin politik pembangkang boleh diragui. Pembangkang bermaksud kumpulan itu kalah dalam pilihanraya yang lepas, tidak lebih dari itu. Kekalahan dalam pilihanraya tidak boleh dibawa keterlaluan hingga rakyat juga perlu berpisah dalam isu agama, isu negara, isu kesetiaan dan ketaatan.  Agama suku, politik suku ayat yang Hadi sangat suka suatu masa dulu waktu menghentam konsep warisan penjajah, tidak boleh dijadikan slogan untuk merosak.

Kalau tidak setia kepada Malaysia, Pembangkang setia pada negara mana?

Memaki, mengherdek dalam dunia politik tidak seharusnya dibawa secara melampau hingga rakyat perlu bermusuh antara satu sama lain. Jika ada yang ingin mendabik dada sebagai pejuang Islam, atau pejuang liberal atau pejuang demokratik, kelangsungan ciri perjuangan sewajarnya bertitik tolak dari paksi SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA.

Tidak akan luntur jiwa kental keislaman Hadi Awang, Nik Aziz, Karpal Sinwar Ibrahim jika mereka menzahirkan rasa simpati kepada musibah yang menimpa negara. Lahad Datu adalah medan perang. Ada rakyat Malaysia telah terkorban.

Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia akan rasa lega mendengar kata-kata perangsang dari pemimpin pembangkang.  Sekurang-kurangnya pasukan keselamatan negara tidak dilabel anjing waktu mereka menggadai nyawa untuk menjaga kedaulatan negara. Sekurang-kurangnya pembangkang dilihat baik jika solat hajat dapat dianjurkan bersama. Tidak akan tawar wajah pembangkang jika mereka juga turun menanti kepulangan jenazah Arwah Pejuang negara di lapangan terbang.

Kalau tidak setia kepada Malaysia, Pembangkang setia pada negara mana?

Anwar Ibrahim sering mengajar rakyat malaysia melabel pasukan keselamatan negara berdaulat ini sebagai anjing. Kerana bahasa celupar itulah beliau telah dilanyak cukup-cukup cara orang jantan oleh Ketua Polis Negara suatu masa dulu hingga lebam.

Kepada Anwar, dan semua puak pembangkang, KESETIAAN kalian sedang diperhatikan. Yang lebai-lebai jangan terlupa membawa mesej  islamik kepada rakyat Malaysia. Jangan kita tersilap waktu menggelar orang lain sebagai Anjing, muncung mulut kita terkeluar sebiji seperti anjing, lidah terjulur keluar sebiji macam anjing.

Kalau tidak setia kepada Malaysia, Pembangkang setia pada negara mana?

Jadi Pembangkang bukan bermaksud mesti menyanggah segala-galanya, hingga terlanggar sempadan keimanan, sempadan kesetiaan pada raja negara, sempadan kemanusiaan.  Hidup ini sekadar ujian semata-mata, kuasa jika tidak mampu diperolehi bukan bermaksud harus berperang hingga dunia jadi neraka. Belum tentu sehebat Hadi Awang mampu menjawab soalan malaikat di alam wafat nanti....


Nik Aziz dan Hadi Awang, adakah politik yang kita amalkan jadikan kita tersasar dari batasan?

No comments:

Post a Comment